TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, November 17, 2012

MEMBACA PEMIKIRAN NELAYAN -KENAPA TAK SANGGUP JADI PM?


Hadi Awang berkata dia rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai amanah berat. Dan menurutnya lagi; "Saya sebagai pemimpin yang diajar dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan memimpin ini satu amanah yang berat, yang besar tanggungjawabnya".

Puas juga aku cuba mentafsir pemikiran Hadi, kenapa dia menolak jawatan PM. Kalau tengok pada perjuangannya, dia kata dia tak mintak jawatan, tapi untuk dapat kuasa, dia sanggup berguling dengan rakyat di jalanan. Dia sanggup kerah penyokongnya hanya untuk menentang kerajaan sedia ada.

Mungkin pemikiran nelayan memang begitu agaknya. Memang, nelayan dia sanggup menangkap ikan, tetapi dia tak sanggup untuk memelihara ikan yang ditangkapnya. Tetapi, nelayan yang baik, anak ikan juga tak sanggup ditangkapnya. namun begitu ada juga nelayan jahat, sanggup menuba dan kemudiannya hanya memilih ikan besar sahaja dan yang kecil dibiarkan begitu sahaja.

Penolakan Hadi untuk jawatan PM, aku rasakan tak ubah seperti nelayan yang menuba. Aku yakin, Hadi menolak jawatan PM kerana setelah ditubanya pemikiran rakyat dengan janji hudud dan kebajikan, akhirnya dia sendiri takut. Dia takut melihat betapa ramainya yang telah termakan tuba yang ditaburinya. Kemudian dia sedar, janji hudud dan kebajikannya itu tak mungkin akan tertunaikan olehnya. Maka dipilihlah si nelayan ini, mana yang boleh dimakan dan dijual, diambilnya. 

Maka yang tak berharga, tinggallah bergelimpangan. Siapa nak ambil-ambillah. Nak jual tak laku. 

Kesimpulannya, Hadi Awang takut untuk jadi PM kerana dia takut untuk melaksanakan hudud yang dicanangnya. Jelasnya hudud PAS hanyalah racun untuk menuba pemikiran Melayu dan Islam kebanyakan. Patut le Cina dan India yang bukan Islam, dah tak takut lagi untuk memangkah PAS, sebab dia tahu bahawa perjuangan dan manifesto PAS hanyalah untuk menipu Melayu dan Islam.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI