Sebagaimana yang ditulis oleh MInsider, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan juga tidak bersetuju dengan penswastaan undang-undang trafik. Ini kerana menurutnya, penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya diswastakan kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat.
Selain itu, beliau juga bersetuju dengan kritikan tentang kelemahan AES antaranya keuntungan minimum 17 peratus kepada dua pemegang konsesi — ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap — yang memerlukan 2.72 juta saman setiap satu untuk lima tahun akan datang untuk memberi pulangan modal kepada pelaburan RM700 juta mereka selain terdapat kesukaran dari penguatkuasaan dan denda yang dilaksanakan oleh syarikat swasta, jika orang ramai mencabar saman mereka di mahkamah.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa AES adalah sistem yang baik, cuma cara pelaksanaannya oleh kerajaan sahaja yang kurang baik.
Begitu-begini dah ramai benar yang bercakap tentang AES ini. Bagi aku, kalau betul kita tak setuju dengan AES ni, ada 2 cara untuk kita tunjukkan bantahan iaitu,
Pertama, kita semua mematuhi peraturan jalanraya sehingga tidak memungkinkan syarikat pengendali mengeluarkan walau sehelai saman.
dan keduanya, kita pakat ramai-ramai langgar undang-undang, kemudian jangan bayar dan pakat ramai-ramai ke mahkamah dan kalau didenda juga jangan bayar. Kalau dah setengah juta orang ke mahkamah dan tak mahu membayar, tak kan nak sumbat semua orang dalam jel? Kan...kan..
Apapun, walau niat asalnya baik, tapi dek kerana cara pelaksanaan yang dipertikaikan, kerajaan tak boleh hanya menunggu sehingga kemarahan rakyat memuncak. Penguatkuasaan di jalanraya Malaysia sekarang ini terlalu banyak pihak yang berkuasa dari Polis, JPJ, Pihak Berkuasa Tempatan dan kalau kenderaan perdagangan pula lagilah ditambah dengan SPAD, Alam Sekitar, PTG dan entah apa-apa lagi, kini bertambah pulak dengan swastapun nak tumpang semangkok. Mana rakyat tak marah???
1 comment:
kalau semua amik option no 1, x jd masalah pun..tp byk sgt kaki rasuah dlm kerajaan dan pembangkang, tu yg meroyan pasal AES
Post a Comment