TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, November 1, 2012

NIK AJIS DAH SEDAR???

Betul ke Pok Nik dah sedar? Kalau betul, eloklah, lepas ni bolehlah ahli-ahli PAS pakat ramai-ramai pangkah BN.

Memang nampak agak lain macam aje nada posting terbaru Pok Nik di FBnya. 


Betul la tu, kalau menang tapi Allah tak redha, tak guna juga. Kalau Allah redha dengan kemenangan yang PAS dapat tu, takkan selepas 22 tahun memerintah Kelantan, rakyat Kelantan masih merempat ke negeri lain untuk cari rezeki.

Kalau Allah redha dengan PAS di Kelantan, tentu hari ini bekalan air di Kelantan lebih bersih dan lebih murah dari negeri-negeri lain yang BN perintah. Dan tentu juga rakyat-rakyat dari negeri lain berduyun-duyun berhijrah ke Kelantan untuk cari rezeki. Tak payah le lebai-lebai PAS tadah tong mintak derma untuk buat lebuhraya. Tentunya dah bersimpang siur lebuhrayanya dek kemakmuran pemerintahan yang diredhai.

Mungkin Pok Nik dah tersedar agaknya, Allah tu memang Maha Pemurah. Puak-puak PAS asyik meminta dan berdoa siang malam mintak kuasa, Allah beri, tapi .............(korang sambung le sendiri).


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI