Terperanjat juga tengok ada lambang Felda pada payung di Muktamar PAS yang lepas. Lambang Bersih, Royalti dan Lynas tu memang le produk PAS dan sekutunya. Tapi bagaimana pulak ada lambang Felda? Felda bukannya produk PAS atau sekutunya.
Apakah ini menunjukkan Felda dah bersama PAS? Atau Felda ada menyalurkan tajaan untuk mengurangkan harga payung tersebut? Apakah pihak yang mengeluarkan payung ini mendapat keizinan dari Felda untuk meletakkan logonya bersama-sama dengan logo-logo produk "huru-hara" PAS dan sekutunya itu?
Bab salahguna logo ni mungkin Mahpuz boleh jawab. Dia memang terer bab-bab ni. Itu sebab dia dapat tangkap gambar kenderaan AES guna logo JPJ.
Bab logo ni juga buat aku terperanjat. Sebabnya kalau kat negeri aku di Johor ni, EXCO Kerajaan Negeri hanya pakai Proton Perdana sahaja, tapi kat Kelantan, perghhh...dia orang mewah betul beb...pakai Nissan Teana. Agaknya kalau ada royalti minyak, tentu EXCOnya pakai Bently atau RR.
No comments:
Post a Comment