TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, November 20, 2012

WARGA FELDA DAPAT RACUN PERCUMA?


Racun memang memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Felda. Apa tidaknya, kebun kalau tak diracun, maka akan jadi belukar. Bila dah jadi belukar, nak kerjapun susah. Itu racun rumpai. Ada macam-macam jenis, ada yang untuk racun lalang, racun rumput, racun anak-anak pokok dan lain-lain lagi.

Selain racun rumpai, ada lagi racun yang memainkan peranan penting untuk warga Felda. Racun makhluk perosak. Racun ini untuk mengawal tikus, kumbang dan sebagainya. namun racun-racun ini semua kena beli, bukannya percuma sebab racun-racun ini sangat berharga dan berguna untuk warga Felda.

Namun begitu ada satu lagi racun untuk warga Felda yang sedang sibuk diberi dengan percuma sekarang ini. Racun makhluk perosak pelbagai guna yang tak berguna. Racun percuma ini, warga Felda kena hati-hati dan jangan sampai terguna. Akibatnya sangat tidak baik untuk warga Felda dan racun ini ada pelbagai jenama, namun begitu ia sangat senang untuk dikenali iaitu melalui ibunya. Inilah ibu racun percuma itu....hati-hati!!!



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI