Dalam seminggu ni, orang Felda Pasir Raja tertanya-tanya, siapa yang PAS Tenggara jemput ni untuk berceramah di Pasir Raja? Siapa dia Ariff Sabri? Tak kenal.
Kejadah apa PAS bawak orang yang entah siapa ni masuk Pasir Raja? Orang ni nak ceramah apa? Kalau tengok tajuk poster, "Bersatu selamatkan negara".
Bila diberitahu kepada orang Pasir Raja bahawa inilah dia Melayu yang masuk DAP kerana kecewa, maka menarik nafaslah mereka sambil berkata, oooo....haramjadah! Kalau ini ceramahnya bukan nak selamatkan negara, ini nak jahanamkan negara. Jadi takut orang Felda Pasir Raja. Apa tidaknya, dulu mereka bawak penyapu nak sapu orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Kali ini kalau mereka menang, tak mustahil mereka akan bawak penyapu dan sapu pulak orang Melayu keluar dari Felda, maklumlah kata mereka, suku sakat DAP ni memang dari dulu lagi mengalahkan Belanda kalau dalam bab nak menguasai tanah.
Alhamdulillah. Kini nampaklah orang Felda akan kebodohan PAS. Mereka juga pelik, kenapa PAS yang begitu ramai lebai-lebai dan ostajah-ostajah yang cari makan dengan cara berceramah ni sanggup meminjamkan pentas mereka kepada DAP yang langsung tak ada ahli, apatah lagi cawangan di Felda. Maka, eloklah warga Felda pakat-pakatlah selamatkan diri dari terpedaya dengan dakyah-dakyah bohong dari Melayu yang kecewa dan kalau-kalau ada yang teringin juga datang untuk mendengar, masa tong "derma jihad" beredar nanti, jangan lupa masukkan le kerikil-kerikil dari tepi-tepi jalan, duit jangan beri!!!
2 comments:
Arif Sabri mempunyai sejarah sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan baik sepanjang sepenggal berkhidmat sebagai ADUN Pulau Manis. Bukan satu rahsia lagi bahawa Arif Sabri sering kali bergaduh dengan beberapa orang ketua kampung dalam kawasan DUN tersebut.
Di samping peranan isterinya (khabarnya baru saja diceraikan) yang sering masuk campur dalam urusan rasmi Arif Sabri sebagai ADUN Pulau Manis sepanjang tempoh tersebut.
Penulis juga mendengar, rakyat sendiri sukar untuk mendapat khidmat Arif Sabri kerana dia diketahui jarang berada dikawasan akibat dari kegilaannya kepada sukan Tomoi dan sanggup pergi kemana pelusuk dalam dunia pun untuk menonton pertandingan tersebut.
Sebelum menceburi politik, Arif Sabri juga ialah seorang ahli perniagaan yang gagal.
Saya bekas isteri Ariff Sabri.
Tanggung lah dosa memfitnah saya.Saya tak pernah mencampuri urusan bekas suami saya sewaktu dia jadi Adun.
Lain lah DS Rosmah..dia memang bos.
Juga kalau tanya kepada musuh2 politik Ariff Sabri, memanglah.Mereka akan sentiasa menuduh dia tak buat kerja dan mengata dia Adun yang gagal.
Terima Kasih pada Anon 12.19.
Saya dapat pahala free hari ini..Alhamdulillah.
p.s.
Ketua kampung yang memusuhi dan berdendam dengan Adun setempat memang perlu dibuang..asyik sabotage program2 anjuran wakil rakyat.
Soal bercerai bukan perkara pelik.Datin Rosmah dan Dato Najib pun gagal rumahtangga 2 kali.
Post a Comment