Kalau bab menangkis tuduhan pembangkang dan Mazlan Aliman dengan kata-kata "itu semua fitnah", rasanya dah puas aku dengar. Bukannya baru semalam Felda difitnah, namun kecewa juga bila Tok Mat kata masih menimbang untuk menyaman mereka-mereka yang didakwa memfitnah. Kalau betul fitnah, bukannya masa untuk timbang-menimbang lagi. Kerosakan akibat fitnah ini bukannya sedikit yang dirasakan oleh warga Felda.
Kerja kena laju. Macam puak pembangkang, mereka kata nak saman, mereka terus saman. Tak ada nak timbang-timbang lagi. Kalah menang, itu mahkamah punya hal. Sampai bila warga peneroka nak dibiarkan menimbang sendiri untuk membuat pertimbangan samada kerajaan betul atau pembangkang yang betul?
Hari ini saham FGVH dah tinggal RM4.55 sesaham. Takkan nak tunggu tinggal RM0.55 baru nak bertindak? Memang...saham yang dimiliki peneroka tak perlu dirisaukan sebab dah ditebus oleh Felda dari bank, bagaimana pulak dengan saham-saham yang dimiliki oleh kakitangan Felda, pekerja kilang Felda, anak-anak peneroka yang membelinya dengan mengambil pinjaman?
Tempoh matang pinjaman selama 6 bulan sudah terlalu hampir. Nak ubah atau nak sambung semula pinjaman, juga perlukan sejumlah duit yang bukan sedikit kerana harga saham yang rendah. Esok lusa meletuplah lagi ANAK ketawa berdekah-dekah. Apa tindakan kerajaan yang selanjutnya?
Kalau dulu sebelum dapat persetujuan, sebelum penyenaraian, bukan main hebat lagi jentera Felda dan jentera Seranta berkempen menerangkan kebaikan FGVH. Kenapa kini semuanya diam? Bergeraklah juga, kalau tak dapat menerangkan tentang struktur dan selok belok perniagaan bursa kepada warga Felda untuk menerangkan mengapa saham boleh merudum, sekurang-kurangnya bergerak untuk meyakinkan warga Felda bahawa apa yang dicanang oleh pembangkang dan ANAK adalah fitnah semata-mata.
Sesuatu yang amat jelas bahawa pasaran saham dipengaruhi oleh spekulasi. Mengapa dibiarkan sehingga melalut spekulasi puak pembangkang hingga terlalu jauh? Dan mengapakah Felda sendiri kalaupun tidak menangkis spekulasi yang dimainkan oleh pembangkang dan ANAK, mencipta pula spekulasi yang mampu mencanakkan kembali saham FGVH. Dalam hal ini jelas kegagalan Tok Mat menangani spekulasi. Tok Mat baru nak menimbang-nimbang, Mazlan dan suku sakat ANAKnya dah bersantai, berkelah. Malu le Tok Mat kalau macam ni!!!
No comments:
Post a Comment