TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 18, 2012

YEEE...WAK DAPAT LIMA RIBU...


Hari ni muka anak-anak peneroka Felda (Generasi 2) Felda Bukit Ramun berseri-seri. Apa tidaknya, kerajaan BN menepati janjinya. Cek sebanyak RM5,000 diserahkan kepada wakil anak-anak peneroka oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohd Saddique.

Puas juga aku melilau cari muka Mazlan Aliman, tapi tak nampak. Dia tak berani datang kot. Cuma hantar wakil aje!

Mana dia berani nak datang. Sepatah kata Tok Limah, janji kerajaan BN ialah janji yang ditepati. Janji nak bagi, tetap bagi. Bukannya janji dengan air liur sahaja. Tak macam Mazlan Aliman, janji kononnya nak bagi-bagikan tanah Felda Plantation kepada anak-anak peneroka. Korang ingat munasabah ke janji tu? Macam le Felda Plantation tu atok dia punya.

Senyum anak-anak peneroka Felda Bukit Ramun lebih lebar lagi siang tadi bila Tok Limah juga mengumumkan bahawa perumahan Generasi Kedua akan dimulakan selewat-lewatnya dalam bulan Disember ini. Mana tak senyumnya, Generasi Kedua Felda Bukit Ramun dah tak larat lagi asyik nak menebas kawasan tapak rumah kerana menunggu projek hendak dimulakan. Selepas ini bertambah cerialah kampung si Mazlan Aliman ni dengan rumah-rumah baru milik Generasi Kedua. Dengar kabarnya rumah yang akan dibina nanti lebih cantik dari rumah pesaka yang diduduki oleh Mazlan. Nampaknya semakin ketinggalan le ko Mazlan ooiiii!!!

Nampaknya di Tenggara ni, kebajikan warga Felda memang dijaga dengan baik. Malahan hubungan pemimpin BN dengan warga Felda juga sangat baik. Patut le si Mazlan ni main jauh-jauh sampai ke Bera, Pahang. Tak ada modal, apa yang nak dijanjikan lagi kepada warga Felda di Tenggara. Kalau aku, dah lama aku pindah ke Bera, malu nak duduk Tenggara!

Gambar-gambar sekitar Majlis Penyerahan Cek "Durian Runtuh" Fasa ke 3 di Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Ramun.



1 comment:

usin said...

itu pasal la nik aziz, nik razi dan hj hadi kata umno ni zalim. bg anak2 peneroka 5000. tak zalim ke tu?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI