TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Wednesday, December 26, 2012

APA KEJADAH PULAK PAS JADI OREN, BUKANNYA HIJAU?


Ni kejadah apa pulak PAS siap keluarkan surat kerahan untuk ahli-ahlinya? KERAHAN....lain macam aje bunyinya tu. Macam tuan mengerah hamba abdinya. Macam gembala mengerah lembunya.

Yang PAS sibuk sangat dengan Felda tu pun apa kejadahnya? Dulu masa orang Felda susah, berapa kampit beras dan berapa kati gula yang PAS sumbang? Masa orang Felda susah dulu, nak mintak bendera PAS sehelaipun tak dapat. Bila orang Felda dah senang lenang, dah boleh menyumbang ke tabung tin MILO, mula le PAS nak menyibuk kat Felda. Apa...orang PAS ni memang jenis tak tau malu ke?

Berkumpul ramai-ramai, umpat dan fitnah Felda itu bukannya nak membantu warga Felda. Itu nak menjahanamkan! Aku harap warga Felda sedar, dengan berkumpul beramai-ramai mengumpat dan memfitnah Felda itu akan lebih menjauhkan lagi para pelabur untuk berdagang dengan Felda. Semakin takut pelabur nak beli saham FGV. 

Bila berkumpul ramai-ramai tu siapa yang untung? Tuuu...yang jual baju oren tu, dia yang untung. Baju beli RM6.00 jual RM20.00. Punya nak menjahanamkan Felda, PAS yang dulunya taksub dengan warna hijau mereka, sanggup tukar baju, pakai baju oren. Baju oren tu adalah cara untuk menyakau duit rakyat yang bebal dan bengap. Bab sakau-menyakau rakyat yang bebal dan bengap ni, para pemimpin PAS memang handal. Ko orang tak caya....nanti masa himpunan oren tu, korang tanya le mana-mana Mamat yang pakai baju oren tu, dalam masa 2 tahun ni dah berapa kali dia beli baju untuk berhimpun? Baju kuning Bersih, baju Hijau Lynas, Baju Oren Felda....yang terkena, orang yang sama juga!!! Kesian, tak sedar-sedar lagi.


1 comment:

Cikgu Di said...

Banyak sangat puak-puak PAs dan ahlul Pakatan ni buat himpunan...tak dak kerja lain ke ????

Yang untung kaki buat baju betul lah tu....Semangat punya pasal apa kisah, sedekah dalam tin MILO lagi mudah suruh sorak kita sorak , suruh maki kita maki .

Kering tekak (leher) beli ais poket sendiri..kan senang...mudah -mudah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI