TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, December 27, 2012

SEHARI TAK MAKI HAMUN UMNO DAN MCA, TAK SENANG HATI


"Sehari tak maki hamun UMNO dan MCA, rasa tak senang hati," itu kata ADUN Sekinchan, Ng Swey Lim semasa mengumpat dan memfitnah di Taman Anjaria, Kulai sebentar tadi. Memang betullah, sepanjang masa di rostrum, tak ada apa yang ditawarkan kepada penduduk Anjaria, cuma umpat, fitnah dan maki hamun.

Sebelum beliau, Mazlan Aliman yang bercakap. Mazlan masih dengan bebalnya yang mengatakan warga peneroka bebal kerana menganggap dia pengkhianat Felda. Kononnya, dia menjelajah ke Felda kerana ingin menyelamatkan Felda. Nak selamatkan apa, kalau setiap kali masuk, setiap kali itulah juga menadah tabung tin MILO, malah di Taman Anjaria ini juga tidak terkecuali, habis aje bercakap, terus mengarahkan para petugasnya bergerak menadah tabung.

Mazlan marah bebeno kerana dihalang dari memasuki beberapa Felda di jelajah orennya. Kononnya rombongan jelajah oren dah dapat kebenaran polis. Inilah susahnya nak layan orang bebal. Memanglah kalau berdasarkan undang-undang, sesiapa juga ada hak, ke mana dia nak pergi tapi kena la ingat, polis bagi kebenaran untuk mereka tetapi adakah warga Felda yang dia nak datang tu sudi ke tidak menerima mereka? Kalau warga Felda tu dah meluat kat engko dan tak nak tengok muka engko, kebenaran polispun tak ada gunanya. Itu hak mereka tak mahu terima rombongan engko, takkan polis nak paksa mereka terima.

Oh ya...Taman Anjaria ni dalam DUN Bukit Permai, Parlimen Kulai. Hari tu si Mazlan ni bukan main bangga lagi kononnya 78 ahli UMNO dari Felda Bukit Permai dah serah borang masuk PAS. Patutlah ramai yang menhadiri ceramah maki hamunnya. Puas jugalah aku nak membilang dan menganggarkan hadirin yang hadir. Memang rasanya kali ini DUN Bukit Permai dah macam 70-30 aje. He...he...he...jom tengok gambar.



1 comment:

usin said...

kena masukkan dalam buku sekolah bahawa makanan ruji rakyat malaysia ada sedikit perubahan, bergantung kpd anutan politik mereka. ahli2 pas, pkr dan dap dah tak berapa makan nasi. mereka telah menjadikan umpat, keji dan fitnah sebagai makanan ruji mereka. sila ambik maklum ye!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI