TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, December 11, 2012

APAHAL PULAK MAMAK PENANG NI SAMPAI KE PENGERANG


Pelik pulak bila mengenangkan mamak Penang mengaku jadi jurucakap bagi orang Pengerang. Sapa dia ni?...YB, Lawyer, Menteri??? 


Lebih lagi pelik aku bila dia menyebut tentang Kg Baru Teluk Ramunia. Sebabnya pada 9 Disember lepas, aku baru sahaja bersama dengan penduduk Kg Baru. Bukan main hebat lagi orang Kg Baru menyokong dasar kerajaan BN, malah ramai yang tak sabar-sabar lagi nak melihat kemajuan membangun di kampung mereka.

Kenapa dia ni sibuk sangat? Mungkin syarikat dia tak dapat nak tumpang tui dengan projek RAPID kot? Apapun, RAPID tu untuk kesejahteraan dan kemakmuran warga Johor, elok le ko betulkan benda-benda yang tak betul kat Penang tu dulu. Tak payah sibuk-sibuk nak tumpang semangkuk hal orang Johor.

Cuma kat kawasan Pengerang ni memang banyak bendera PAS dan PKR. Tapi jangan ingat dia orang sokong. Bebudak sana cuma seronok tolong pacakkan bendera-bendera tu sebab kabarnya.....upah lumayan bebbb!!!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI