TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Friday, December 7, 2012

FELDA TAK SELAMAT?


Felda mula ditubuhkan pada tahun 1956. Pada tahun 1957, petempatan pertama dibuka di Ayer Lanas dengan tanaman getah. Pada tahun 1961, petempatan pertama dengan tanaman sawit pula mula dibuka. 

Orang Felda, dari susah, dah jadi senang. Dari tak berharta dah jadi hartawan. Dari yang tak mampu nak sekolahkan anak, dah melahirkan anak-anak yang berjaya. Dan dah bermacam-macam kejayaan lagi dah dikecapi oleh peneroka dan warga Felda. 

Kalau Felda tak selamat, mana mungkin semua kejayaan tu dapat dikecapi. Bukan setahun dua kerajaan BN yang diterajui oleh BN menjaga kebajikan dan keselamatan warga Felda. Punya hebat dijaga, harimau dan gajahpun tak berani dah nak dekat dengan Felda. Kejadah apa nak selamatkan Felda lagi?

Yang jelas sekarang ini ialah Felda tak selamat dari manusia yang ingin memecah belahkan masyarakat Felda serta meruntuhkan ekonomi warga Felda yang dah stabil. Diharapkan agar masyarakat Felda sedar akan perkara ini. Sejak 1956 lagi Felda dijaga dan sememangnya selamat dan tak perlulah ada yang nak jadi juara kononnya nak selamatkan Felda.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI