TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, December 7, 2012

DENGAN BANGGANYA?


Mazlan Aliman buat posting di FBnya dan berkata dengan bangganya dia berdiri bersama banner menghalaunya seperti gambar di atas.


Apa tak bangganya? Melihat kepada rupa banner tersebut, aku yakin ianya dibuat oleh orang-orang Mazlan sendiri bertujuan meraih simpati mengenangkan perjuangan mereka semakin ditolak oleh warga Felda kerana kesedaran bahawa ANAK ialah alat PAS untuk memecahkan kesatuan warga Felda. Selain itu mereka juga dah mula sedar bahawa ANAK juga adalah perkakas DAP untuk meruntuhkan ekonomi Melayu yang kukuh dikecapi melalui dasar-dasar Felda.

Maka untuk meraih simpati, terpaksalah mereka buat sendiri banner yang kononnya menghalau Mazlan. Diharap-harapkan dengan banner yang sedemikian rupa, akan lahirlah simpati kepadanya yang konon-kononnya membela warga Felda.

Banner yang sedemikian rupa, biasanya adalah banner orang PAS. Banner asal boleh. Lebih-lebih lagi dengan adanya cat hijau tu. Siapa lagi yang suka simpan dan gunakan cat hijau?

Oleh itu, hati-hatilah wahai warga Felda. Mazlan Aliman dah maju setapak lagi dalam kempennya dengan menggunakan taktik psikologi. Mungkin dia dapat idea tentang perang psikologi ketika memandu sambil mendengar lagu dari PSY Gangnam dan kalau tak hati-hati akan termakan nanti dengan PSY Jahanam!!!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI