Tengok tajuk aje rasanya dah gempak! Politik Samseng. Namun begitu, aku rasa kurang kena dengan pertanyaan "Di mana maruah kita?"
Patutnya wacana yang membicarakan tentang politik samseng itu mencari di mana silapnya? Kenapa boleh adanya politik samseng. Bukan maruah yang dipersoalkan. Kerana kalau tahu silap dan sebab berlakunya politik samseng, soal maruah dah tak timbul lagi.
Bagi aku, politik samseng ini berlaku kerana sikap ahli politik terutama pembangkang yang berkempen sepanjang masa walaupun bukan masa atau musim pilihanraya. Mengadakan ceramah umum oleh parti politik diluar waktu berkempen sepatutnya dihentikan segera. Ini kerana ceramah umum yang sentiasa penuh dengan provokasi tentu akan menimbulkan ketegangan apabila terlalu kerap berlaku.
Pemimpin politik wajib bertanggungjawab dengan menghormati prinsip demokrasi. Sehabis pilihanraya, berhentikan segala bentuk kempen dan ceramah umum. Terima keputusan rakyat. Beri peluang kepada parti yang menang untuk menjalankan tanggungjawab memerintah. Sampai masa Parlimen atau DUN dibubarkan, mulalah berkempen semula.
Jangan kerana berasa parti anda kalah dan tidak mempunyai beban dan tanggungjawab terhadap rakyat, maka sepanjang masa anda berkempen sementara menunggu pilihanraya yang akan datang? Sepanjang masa anda mengkeji dan mencaci kerajaan yang dipilih hingga menyukarkan kerja mentadbir.
Seharusnya, sehabis pilihanraya, bersama berganding bahu untuk terus memakmur dan mengharmonikan negara. Bagaimana ahli-ahli politik ini bercakap soal demokrasi tetapi apabila kalah tidak dapat menerima pilihan rakyat dan terus menyusahkan kerajaan yang dipilih dengan berkempen dan berceramah umum sepanjang masa? Bila kerap banyak bercakap dan mengata, pasti akan ada yang tersinggung dan bila kerap tersinggung, tentu akan ada yang naik darah dan akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment