Tuntutan terakhir dalam memorandum ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman yang diserahkan kepada TS Isa Samad semalam ialah mendesak supaya tiada campurtangan politik dalam Felda.
Menurut Mazlan, dana yang dimiliki Felda disalahgunakan untuk membiayai propaganda Umno-BN menerusi Jabatan Seranta yang diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kononnya Jabatan Seranta ni sama seperti Special Branch dan Biro Tatanegara yang berperanan selaku alat BN bagi mengekalkan dominasi politik BN di Felda.
Ha...ha...ha...cetek sungguh hujah Mazlan. Ko tau tak Mazlan, kalau tak kerana propaganda UMNO dan juga kerajaan BN, bapak ko juga takut nak masuk Felda dulu, takut tak makan. Ko tanya orang tua-tua dahulu, bagaimana susahnya nak meyakinkan orang Melayu supaya berhijrah dari kampung untuk mencuba nasib di Felda pula, lebih-lebih lagi ketika sawit mula diperkenalkan. Berapa ramai yang dah sampai Felda, berpatah balik ke kampung dan terus mengambil upah menoreh di tanah orang lain. Akhirnya terus mewarisi kepapaan dan kesusahan hidup. Mana yang termakan dan mendengar propaganda UMNO dan kerajaan BN, yakin dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan BN melalui Felda, hari ini hidup senang lenang, menjadi sebahagian dari warga kelas menengah yang mempunyai harta dan pendapatan yang stabil.
Apa yang ko sakit hati sangat dengan unit Seranta Felda tu? Sepanjang yang aku kenal ko, tak pernah pulak ko hadir mana-mana program anjuran Seranta. Atau ko gila nak jadi pegawai Seranta, tu yang wujudkan ANAK dan bergerak keliling Felda.
Seranta Felda tu memanglah bertujuan sebagai jentera kerajaan yang memerintah untuk menerangkan dasar kerajaan dan juga dasar Felda kepada warga peneroka agar keharmonian terus wujud di Felda. Mereka bukannya spy, mereka unit penerangan. Malanglah orang-orang bengong macam Mazlan ni, bila unit Seranta membuat program, membuat penerangan, tak mahu datang. Akhirnya sendiri yang tak bermaklumat dan terus menyalahkan kerajaan dan Felda.
Akhirnya, kalau betul nak bantu warga peneroka, bubarkan ANAK yang jadi unit seranta PAS dan Pakatan tu. Jangan terus kelirukan warga peneroka dengan umpat dan fitnah. Nak wakili warga peneroka, nak bantu warga peneroka, bergeraklah dengan NGO-NGO yang dah banyak di Felda dan seiringlah dengan mereka dan berprogramlah dengan Unit Seranta Felda JPM.
No comments:
Post a Comment