PAU 2012 menjadikan Nuar Berahim semakin sakit dan meroyan. Mengapa tidak? Kerana dahulu PAU adalah medan Nuar untuk melakukan politik cantas mencantas, politik wang dan pentas untuk dia mendapatkan kuasa bahkan dahulu PAU juga adalah medan untuk Nuar memecahbelahkan kesatuan dalam UMNO.
Bila dia melihat akan harmoni dan bersemangatnya perwakilan UMNO semasa PAU 2012, Nuar jadi gugup. Rupanya tanpa Nuar, UMNO semakin matang, semakin bersatu dalam memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam disamping memelihara kepentingan lain-lain bangsa dan agama.
Namun begitu, yang paling mengerutkan dahi Nuar yang mungkin akan menggugat undi Melayu untuk Pakatan ialah ingatan Kak Jat tentang peristiwa 13 Mei. Nuar marah bebeno sehingga dikatakan hujah Kat Jat tu biadap. Apa kata Nuar;
"Shahrizat sengaja menyeru kembali 'hantu' 13 Mei untuk menakutkan rakyat. Hujah itu bukan sahaja biadap, malah dianggap sebagai hasutan dan dikategorikan sebagai satu jenayah."
Ko tau tak mengapa Nuar marah bebeno? Isu 13 Mei ni bukannya isu biadap. Orang Melayu memang wajib untuk sentiasa diingatkan dengan peristiwa ini. Ini adalah peristiwa kebiadapan DAP yang berkawan rapat dan bercium mulut dengan Nuar. Nuar marah sebab isu ini akan menggugat DAP dan secara tidak langsung menggugat kepentingan Nuar dalam Pakatan.
Pernahkah pencetus-pencetus 13 Mei ini memohon maaf secara terbuka kepada orang-orang Melayu dan menyatakan taubat mereka? Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chen Man Hin adalah antara pemuka-pemuka DAP sewaktu peristiwa 13 Mei yang masih hidup. Apakah telah berubah falsafah politik mereka terhadap Melayu dan Islam? Malah akhir-akhir ini semakin lantang suara-suara mereka bercakap tentang Islam, menentang perlaksaaan hudud, tentang negara Islam dan sebagainya.
Orang Melayu memang pemaaf, itu sebabnya parti DAP terus bertahan tetapi untuk melupakan luka lama, jauh sekali. Kalau Nuar masih tak dapat memahami kebiadapan DAP semasa 13 Mei terhadap Melayu, memang sah Nuar bukanlah calun yang layak untuk memimpin mana-mana Melayu untuk menerajui pemerintahan bumi bertuah Tanah Melayu ini.
Kesempatan ini, aku cabar Nuar, kalau benar dia inginkan sokongan undi dari orang-orang Melayu, maka celakakanlah DAP dengan peristiwa 13 Mei tersebut. Ada berani???
No comments:
Post a Comment