TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, December 4, 2012

RAHMAT RUPANYA...

   
Pada hari Jumaat yang lepas, saham FGV ditutup pada harga yang sangat rendah. Bersorak riang pengerusi ANAK si Mazlan Aliman. Nak tunjuk kononnya dia berada di landasan yang betul serta mendapat sokongan, maka pada Himpunan Rakyat Johor pada 1 Disember, dengan bangganya dia mengumumkan kemasukan bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation ke parti PAS.

Mungkin pada hari Isnin sewaktu pasaran saham mula dibuka semula, berita ini belum heboh lagi, namun pada hari ini, nampaknya pemain pasaran menyambut baik langkah bekas Pengarah Eksekutif tersebut. Harga saham FGV naik!!!


Mazlan kata ada 75% lagi pegawai kanan Felda yang menyokong ANAK. Maka cepat-cepatlah pujuk mereka isi borang PAS. lagi cepat mereka isi borang PAS dan dihebahkan kepada awam, lagi cepat saham FGV naik. Ini kerana pemain pasaran takut dengan adanya duri dalam daging di Felda yang tidak dikenali yang mungkin akan menyebabkan ketidak tentuan terhadap pelaburan mereka. 

Kalaupun Mazlan tak mampu nak suruh mereka isi borang PAS, kalau benarlah ada 75% yang menyokong ANAK, cubalah namakan siapakah mereka. Kalaulah kesemua mereka sudah diketahui, maka kuranglah kebimbangan pelabur terhadap saham FGV. 

Mana-mana pegawai Felda yang bermasalah dan mungkin akan dibuang kerja sebagaimana yang disebut oleh Mazlan, cepat-cepatlah isi borang PAS dan ANAK. Sekurang-kurangnya nanti bila kena berhenti kerja, bolehlah Mazlan tolong spin, kononnya diberhentikan kerja kerana masuk PAS dan sokong ANAK, maka bolehlah tutup segala kelemahan dan segala kebuayaan semasa dalam jawatan. Tak ke gitu....he...he...ko tengok kat bawah ni, gigil tangan isi borang PAS woooo...



2 comments:

MELAYUJATI said...

Masa berpangkat sokong kerajaan, bila dah tak berpangkat masuk pembangkang, tak puas2 melayan nafsu duniawi walaupun dia tahu parti yang dia masuk itu hanyalah parti bangkai yang busuk lagi membusukan.

nonbal said...

Sejak bertahun2 yang lalu, telah diketahui umum bagaimana tindakan menyertai pembangkang terutama pas selepas bersara atau diambil tindakan tatatertib merupakan langkah yang diketahui sangat mujarab untuk melindungi pekung serta sebagai sebahagian dari usaha membersih dosa. Banyak kita lihat pegawai kerajaan dan individu yg bermasaalah dan mempunyai rekod buruk, kaki rasuah dan kaki seleweng akan bertindak menyertai pas bila bersara... Kenapa? Pertama untuk menutup mulut org ramai dari diperkatakan org tentang slah lakunya, kedua sebagai satu bentuk cara membersih diri ajaran nik aziz, ketiga,sebagai membalas dendam kpd bos atau kerajaan yg menyekat nafsu serakah mereka dan keempat ialah perangai buruk kebanyakan ahli pas... Dengki, tak tahu bersyukur, dendam kesumat, terpengaruh dgn dakyah pemimpin pas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI