Cukup-cukup nak menghuru-harakan masyarakat Felda wahai Mazlan ooiii. Yang mengikut kat belakang ko tu cuma lima enam kerat aje yang tak tahu asal usul dan tak tahu dek untung.
Jangan bila dapat masuk dengan mudah kat kampung orang, ko ingat mereka sokong tapi bila tak dapat masuk, ko nak meroyan pulak. Yang ko dapat masuk dengan mudah tu sebab orang malas nak layan tetapi yang menghalang ko masuk tu sebab mereka dah meluat.
Jangan le ko nak salahkan orang Felda Selasih. Walaupun ko dapat kerjasama baik dari polis, tapi itu bukan kampung polis-polis tu. Polis-polis tu entah bila-bila akan pindah tempat bertugas tapi kalau Felda Selasih huru hara antara penduduknya, mereka yang akan menghadapinya. Cuba baca semula apa yang ko sendiri tulis kat FB ko di baris akhir sekali yang aku merahkan itu. Sepatutnya ko sedar bahawa masyarakat Felda dah sedar perangai hodoh ko yang menjadi alat bagi PAS memecah-belahkan masyarakat Felda dan jadi perkakas DAP untuk meruntuhkan ekonomi warga Felda.
Seperkara lagi aku nak tanya, kalau betul Felda bangkrap, agak-agaknya nak ke ko pusing seluruh Felda kononnya nak membela warga Felda?
Udah-udah le, orang Felda nak tahu perangai buruk ko. Jangan le nak buruk-burukkan Felda pulak. Kalau terus-terusan ko nak menghuru-harakan Felda, sampai bila orang akan berani nak beli saham FGV? Orang akan berani bermain saham FGV jika mereka lihat keadaan Felda harmoni, bukannya dengan mendengar spekulasi-spekulasi gila yang ko buat. Ko kata sayang Felda...atau ko cuma nak kejar jawatan Pengerusi Felda kalau-kalau Pakatan dapat perintah sebab Felda tak bangkrap lagi?
No comments:
Post a Comment