Perghhh...penat juga, baru balik dari meramaikan ceramah Nizar Lambai di Taman Saujana, Kota Tinggi. Yang mengumpat kerajaan semasa aku sampai ialah Mazlan Aliman. Suasana agak muram. Puas juga aku tercari-cari, di manakah duduknya pengumpat-pengumpat kerajaan ini? Tengok melalui layar aje, tak puas, kot-kot dia orang cuma main video aje.
Jengah punya jengah, rupanya mereka berdiri di tepi jamban PASTI. Tersembunyi, pentasnya di kawasan belakang PASTI. Agaknya takut kena baling dengan cat merah agaknya. Tu yang duduk jauh dari jalanraya tuuu.
Yang bercakap, bukan calang-calang, Mazlan Aliman, Nizar Lambai dan Nga Ko Meng. Kehadiran....juga bukan calang-calang ramainya. Pendek kata marah juga le jiran-jiran kat situ sebab pembesar suaranya mengganggu anak-anak nak tidur, walhal kalau berbisikpun dengar. Tak caya, tengok gambar-gambar di bawah ini. Kalau dah impot super pemfitnah dan pengumpat kerajaan dari jauhpun, setakat ni aje yang hadir, aku pasti Mazlan Aliman tak akan berani bertanding di Tenggara. Kalau nak juga, pasti akan hilang wang pertaruhan.
No comments:
Post a Comment