TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, December 9, 2012

ANAK NUAR DITOLAK WARGA FELDA ULU BELITONG

Ingatkan Mazlan Aliman aje yang dibenci oleh warga Felda. Rupanya anak Nuar, Nurul Izzah juga tidak diterima oleh warga Felda. 

Kisahnya, pada 7 Disember lalu, PR telah mencanangkan serta memasang poster untuk mengadakan ceramah umpat fitnah di Felda Ulu Belitong. Pengumpat dan pemfitnahnya ialah Nurul Izzah anak Nuar yang ditampilkan bersama Mohd Said Jonet, bekas Eksekutif Felda yang kesasau. Rupanya warga Felda Ulu Belitong yang pernah dinobatkan sebagai Felda contoh dengan menggondol hadiah RM1 juta, bukan sahaja tak mahu mendengar umpat fitnah si Izzah dan Said, malah tengok mukapun mereka tak mau. Dengan satu hati mereka menolak dan membantah sekeras-kerasnya kehadiran dua pengumpat ini ke halaman mereka. Maka terpaksalah puak-puak Pakatan Rakyat berkumpul dan meneruskan kerja-kerja umpatan dan fitnah mereka di Taman Sri Lambak.

Hal ini dapat aku ketahui apabila petang semalam, aku ke Felda Ulu Belitong dalam majlis pelancaran Tabung Gaza. Di sini juga aku dapat tahu lagi tentang pembohongan Mazlan Aliman tentang sokongan pegawai Felda kepada ANAK.

Pengurus Felda Ulu Belitong yang merupakan rakan lama Mohd Said Jonet, menyatakan rasa kesalnya dengan tindakan Mohd Said yang diibaratkan sebagai orang yang lupa asal usul. Rupanya Mohd Said ini dahulunya hanyalah seorang Pegawai Pertanian biasa dengan Felda. Semasa susahnya, Mohd Said begitu kuat menyokong dan berjuang bersama UMNO sehinggalah diakhir kariernya menyakau gaji dan elaun yang sangat tinggi.

Menurut Pengurus  Felda Ulu Belitong, tindakan Mohd Said ini telah menyebabkan rakan-rakannya yang lain lebih kuat bertekad untuk membuktikan bahawa dia dan rakan-rakannya yang lain akan  teguh bersama Felda  demi menebus malu mereka terhadap warga Felda.

Alhamdulillah, rupanya tak ramai pegawai Felda yang bersama dan bersimpati dengan ANAK tu. Cuma ada le dua tiga kerat yang kecewa dan terpukau dengan janji-janji melangit oleh Mazlan Aliman sekiranya dia dapat jadi Pengerusi Felda nanti. Mazlan Aliman nak jadi Pengerusi Felda? Cehhhh, berniaga beras yang dah tentu orang beli di Felda Sg Sayong boleh bungkus, ada hati nak terajui koperat besar, alamatnya.....ke paritttttt.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI