TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, January 7, 2013

DR NOVANDRI BERJIWA BESAR -MOHON MAAF KEPADA KHALID

Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu adalah Bishop dan akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Ia merupakan penyelesaian luar mahkamah yang dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.
Aku tabik kepada Dr Mim kerana mempunyai jiwa yang besar, yang sanggup mengakui kesilapan dan memohon maaf. Dalam mengakui kesilapan dan memohon maaf ini, tiada apa yang perlu dimalukan kerana sebagai manusia, kita tidak sunyi dari melakukan kesilapan.

Sesungguhnya Dr Mim lebih hebat dari Hadi Awang yang tak berani mengakui kesilapan dan hingga ke hari ini masih terus berdolak dalih dengan isu amanatnya walaupun telah banyak melakukan kerosakan terhadap kesatuan umat Islam di Malaysia ini. Sekali lagi, tahniah Dr!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI