Mat Sabu menyatakan kesediaan PAS untuk berdialog dengan tokoh agama Kristian berkaitan penggunaan kalimah Allah demi untuk meraih undi kerana katanya, "Perkara akhir yang tinggal adalah perkauman dan agama, inilah yang kita bimbang kerana hal agama perkauman bukan dimain disudut statistik, tapi emosional." (sini)
Pelik juga! Bukankah isu kalimah Allah itu telah diputuskan oleh Majlis Syura PAS. Apakah Mat Sabu memandang keputusan Majlis Syura itu tak betul dan dek sebab itu dia menyatakan kesanggupan untuk berdialog lagi dengan tokoh Kristian?
Mat Sabu memandang isu perkauman dan agama adalah isu yang dimainkan oleh UMNO mampu menggugat undi PAS. Maka apakah itu bermakna Mat Sabu dan PAS sanggup menggadai bangsa dan agama hanya semata-mata untuk mendapatkan sedikit kuasa? Punya bernafsu PAS untuk berkuasa, perkara yang sedikit, yang tertinggal itu juga hendak dimainkan.
No comments:
Post a Comment