Seramai 1249 generasi kedua Felda di DUN Panti hari ini menerima borang 1 untuk permohonan penempatan tanah untuk perumahan generasi kedua Felda.
Sessi pertama pada sebelah pagi yang diadakan di Dewanraya Felda Linggiu, seramai 449 anak peneroka Felda Linggiu terlibat manakala pada sesi petang, di Dewan Raya Felda Sungai Sibol, melibatkan seramai 800 generasi kedua dari Felda Sungai Sibol dan Pengeli Timur. Dikedua-dua majlis tersebut, penyerahan borang telah disempurnakan oleh ADUN Panti, Dato' Baderi Dasuki.
Melihat kepada semangat yang hadir, pengharapan mereka terlalu tinggi untuk tapak perumahan generasi kedua. Apapun, harapan tersebut, Insyaallah akan tertunai sekiranya BN terus menerajui pemerintahan negeri dan negara.
No comments:
Post a Comment