Cuba tengok kat gambar di atas. Kenapa Hadi Awang sanggup bersesak atas jalanraya. Nak kata dia kalah dalam pilihanraya, dia menang. Bukan sekali dia menang, dah banyak kali dia menang. Kenapa bila BERSIH tuduh kerajaan tak bersih dalam mengendalikan pilihanraya, Hadi Awang tak nak cakap semuanya akan mati, semua akan mengadap tuhan dan biarlah tuhan yang menentukan samada pilihanraya di Malaysia ini bersih atau tidak?
Kalau mengikut standard PAS, Hadi Awang bukan calang-calang orang, seorang yang bergelar Tuan Guru, lulusan Madinah, mengapa bila bab Amanat Hadi boleh diserahkan kepada tuhan tetapi dalam bab-bab lain sanggup merusuh?
Bila terbaca status Hadi Awang di FBnya tentang Amanat Hadi, aku dah tak berminat pulak kat amanat tu bila teringatkan dia kat BERSIH. Apakah Hadi Awang tak dapat menerima hakikat bahawa kalah menang sesiapapun dalam pilihanraya juga merupakan ketentuan tuhan? Nak tanya juga, Hadi lebih percayakan andaian Ambiga atau perkara yang sudah menjadi ketentuan Allah?
No comments:
Post a Comment