TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, January 10, 2013

INI BARU KONGSI PENTAS CERAMAH


Nafsu untuk berkuasa, nampaknya PAS yang menjuarainya. Kalaulah lebai-lebai PAS itu bertocang, rasanya dah tegak tocangnya menunjuk langit demi semangatnya mereka untuk berkuasa.

Tapi...untuk apa mereka mengejar kuasa? Baru sekadar berkongsi pentas ceramah serta ehsan dari DAP untuk beberapa jawatan penting di Pulau Pinang, Selangor serta di"duduk"kan sebagai MB Perak, sudah banyak maruah Islam dan Melayu mereka calarkan. Segalanya dibolehkan demi mengejar kuasa.

Apakah yang mengikut dan bersorak di belakang lebai-lebai PAS ini sememangnya buta dan tidak nampak? Tidakkah mereka sedar, yang dahulunya mereka difatwakan tidak boleh, kini dibolehkan? Apakah kitab yang Tok Guru mereka gunakan boleh berubah sendiri mengikut kesesuaian untuk mencapai matlamat nafsu memegang tampuk kuasa?

Apapun, ini hanya sekadar untuk renungan, bukannya untuk mencerca atau mengata. Sama-sama kita ukur atau timbang, suasana sekarang ini, hanyalah baru berkongsi pentas ceramah. Bagaimana agaknya nanti kalau telah terbentang peluang untuk mengecap nikmat berkongsi kuasa? Sekarang ini BN hanyalah kekurangan untuk mendapat sokongan 2/3, bagaimanakah pulak nanti gelojohnya mereka menggadai maruah Islam dan Melayu sekiranya puak-puak ini mampu menguasai lebih 2/3 sokongan untuk membentuk kerajaan?

Jahat dan buruk manapun mereka mengata UMNO, aku masih yakin dan tidak ragu-ragu, UMNO dan BNlah jua yang mampu memelihara Islam dan Melayu agar terus kekal dan utuh di bumi Tanah Melayu ini. Kalaupun ada sesetengah hal, Melayu kehilangan dan ketinggalan, ianya bukanlah sebab digadai oleh pemimpin-pemimpin UMNO demi untuk mendapatkan kuasa, tetapi diperolehi melalui usaha keras kaum-kaum bukan Melayu untuk berjaya.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI