TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, January 17, 2013

KHAS UNTUK ORANG PAS

  
Ini adalah ayat yang keluar dari Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia. Elok orang-orang PAS menghayati ayat tersebut.

"Orang yang membuat banyak kesalahan kerana membuat banyak kerja adalah lebih baik daripada orang yang tidak membuat apa-apa kesalahan kerana tidak membuat apa-apa kerja".

Orang PAS elok menghayati ayat tersebut kerana selama ini mereka selalu menyalahkan pemimpin UMNO dan BN. Pemimpin PAS pada mata mereka baik belaka, seolah-olah tak buat silap.

Mana pemimpin PAS, nak buat silap? Sebab mereka tak buat apa-apa. Yang mereka buat cuma buat janji, buat provokasi, buat andaian dan buat demonstransi. Maka kalau ada silapnya, tak le sebanyak silap yang dibuat oleh pemimpin UMNO dan BN.

Pemimpin UMNO dan BN banyak buat kerja. Banyak perkara yang hendak diselesaikan. Banyak janji yang perlu ditepati. Banyak rakyat yang perlu dibantu. Banyak dasar yang perlu dirangka dan diperbaiki. Banyak pihak yang perlu dipuaskan hati. Banyak program yang perlu disertai. Terlalu banyak kerja mereka, lebih-lebih lagi bila sudah berjawatan dalam pentadbiran kerajaan. Dek terlalu banyak kerja, ia memungkinkan mereka untuk melakukan banyak kesilapan dan kesalahan.

Namun kesilapan dan kesalahan tersebut berlaku adalah semata-mata kerana urusan mereka yang banyak untuk memakmurkan negara serta mensejahterakan rakyat. Walaupun mereka banyak kesalahan dan kesilapan, jelas sebagaimana yang disedari oleh saudara Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, mereka lebih baik dari pemimpin PAS yang tak berbuat dan tidak menyumbang apa-apa kepada rakyat walaupun mungkin kesalahan dan kesilapan mereka lebih sedikit.

Maka apa lagi....PRU 13 nanti sokong calun UMNO dan BN. Walaupun mereka banyak kesalahan dan kesilapan, mereka sebenarnya banyak bekerja, bukannya banyak bercakap mencari kesalahan dan kesilapan orang lain sebagaimana pemimpin puak-puak Pakatan.


1 comment:

Unknown said...

sebab tu pr suka gunakan perkataan rakyat,ladang rakyat,l/raya rakyat,bazar rakyat, kerajaan pakatan rakyat apa juga kerja tentu gunakan perkataan rakyat,sebab kalau gagal rakyatlah yg gagal,bukan kerajaa

ARTIKEL HANGAT BULAN INI