Melihat daun pisang ditompokkan putih agar menjadi lambang PAS, bagi setengah orang hanya menunjukkan betapa totoknya orang PAS terhadap parti mereka. Apapun kebanggaan yang diperolehi oleh orang PAS dengan PAS daun pisang itu, aku melihatnya dari sudut yang lain.

Kalau PAS perintah nanti? ...alamatnya makanpun beralaskan daun pisang. Akhirnya, kalau kita susah nanti, PAS akan kata ia mewarisi kesusahan yang ditinggalkan oleh kerajaan BN. Mampus orang PAS tak mahu mengaku kesilapannya.
Itulah yang jadi di Johor sekarang ini. Heboh diperkatakan bahawa Melayu Johor adalah Melayu yang paling susah dan termiskin. Cehhh.... yang papa kedana kat Johor ni rata-ratanya yang datang dari Kelantan cari makan kat Johor sebab PAS tak mampu nak bela mereka di Kelantan. Akhirnya, Johor juga yang disalahkan. Walhal ketika hari raya Haji orang Kelantan berbondong-bondong balik Kelantan nak tunjuk kat orang kampung mereka betapa mewahnya mereka duduk kat Johor. Kalaulah orang Johor susah dan miskin, jangan harap le orang Kelantan nak tumpang tui.
No comments:
Post a Comment