TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, January 21, 2013

MAT SABU DAH GILA BILA TERTIPU DENGAN RAKYAT

  
Apa gunanya menyalak mahukan pilihanraya tetapi nanti bila keputusan undian yang keluar tidak memihak kepada mereka, dituduh pulak pengundian penuh dengan penipuan?

Apakah puak Pakatan ni dah hilang akal? Sanggup menafikan kebijaksanaan rakyat hanya untuk berkuasa? Apakah mereka mengukur sokongan rakyat hanya dengan melihat kehadiran semasa ceramah? 
  
  
Apa gilanya Mat Sabu ni turun berdemonstrasi lagi bila rakyat tak memilih suku sakatnya? Suka aku ingatkan kepada Mat Sabu, pada PRU nanti, kalau sesiapapun yang kalah dan sesiapapun yang menang, ia bukannya kerana berlaku penipuan undi.

Kena sentiasa ingat, cakap orang politik ni, macam cakap orang jual ubat kat kaki lima. Tukang dengar memang ramai, tukang tanya juga ramai dan tukang belek ubat juga ramai. Tapi yang membelinya belum tentu ramai. Silap-silap dah puas dengar, dah puas tanya dan dah puas belek, Panadol juga yang mereka telan sebab dah terbiasa dan dah terbukti keberkesanannya.

Maka jangan ingat bila ramai yang hadir ceramah, ramai yang hadir demonstrasi, itu akan diterjemahkan sebagai mereka telah membeli segala dakyah puak-puak kamu. Belum tentu lagi. Kalau kalah, anggaplah puak-puak anda dah tertipu dengan kebijaksanaan rakyat membuat pilihan. Jangan salahkan sistem.

Tapi kalau masih nak berdemonstrasi sekiranya kalah, maka penjual ubat di kaki lima lebih hebat kerana walaupun tak laku jualan mereka, tidaklah sampai mereka tidur di kaki lima sehingga orang membeli ubat mereka. Lantas, sekiranya penjual ubat lebih hebat dari ahli politik Pakatan, maka wajarlah puak-puak Pakatan ini tidak layak untuk dipilih menerajui pemerintahan negeri mahupun negara.


1 comment:

Unknown said...

bukan setakat kerusi DUN DAN PARLIMEN saja yg mat sabu nak, tapi kerusi rakyat pun habis di hendak juga{LIHAT GAMBAR DIATAS]

ARTIKEL HANGAT BULAN INI