
Walaupun orang Johor marah dengan kerajaan BN, tapi mereka masih yakin lagi bahawa kerajaan BN masih mampu untuk menolong mereka. Tindakan mereka hanya untuk mintak perhatian segera, bukannya nak mintak PAS atau pembangkang campur tangan.
Macam mana orang Johor nak yakin dengan PAS? PAS kalau datang untuk janji beri pertolongan, mereka akan datang dengan tong dermanya sekali. Berbeza dengan kerajaan BN. Kalau nak tolong, mereka akan tolong.
Semasa Perjumpaan Rakan Media Sosial Johor yang lalu di Persada Johor, YAB MB Johor ada menyatakan bahawa nasib setinggan-setinggan tersebut tetap terbela dan kerajaan negeri dalam proses untuk memberi hak milik kepada mereka. Bagaimana, terdapat beberapa halangan kerana status pemilikan tanah di kawasan setinggan terbabit, maka ia memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.
Apapun, aku yakin, setinggan-setinggan terbabit akan diberikan hak milik ke atas tanah yang mereka duduki. Cuma, jangan nanti bila dah dapat hak milik, dah buat rumah besar, ada lagi terpacak bendera pembangkang kat situ. Dah dapat nanti, ingatkan kat anak cucu, yang bagi atau kurniakan hakmilik tanah tu ialah kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO, bukannya kerana desakan PAS atau pembangkang!
No comments:
Post a Comment