TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, January 19, 2013

WASPADA, BERJAGA-JAGA

  
Hujan yang tidak berhenti semenjak malam tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di Tenggara mula ditenggelami air. Antara tempat yang terawal ialah laluan pintas ke Felda Bukit Ramun yang telahpun dinaiki air. Terdapat juga beberapa kampung lain yang juga sudah mula dinaiki air tetapi masih belum lagi ke tahap berlaku perpindahan. Apapun, kepada penduduk yang terlibat, waspada dan berjaga-jagalah. Ambillah langkah-langkah awal yang perlu memandangkan tiada nampak tanda-tanda hujan akan berhenti sehingga lewat petang ini.
  
  
Kalau berlaku lagi banjir di Tenggara dan Kota Tinggi pada tahun ini, mungkin ia banjir rahmat. Apa tidaknya, dah hampir nak PRU ni, tentu berlumba-lumba orang politik.... mana yang tak pernah bantu rakyatpun, akan turun nak bantu. Bantuan dari PAKATAN tentu akan melimpah-limpah bagaimana melimpahnya air banjir tu nanti, maklumlah mereka sekarang ada banyak tabung, tak macam BN, tak ada tabung. Opppsss...jangan pulak nanti masa datang membantu juga usung tin tabung Jihad dan tabung PRU ke hulu ke hilir!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI