TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, February 19, 2013

SIAPA TOLONG ANAK FELDA BUKIT RAMUN? MAZLAN KE?

   
Siang tadi berkumpul anak-anak peneroka Felda Bukit Ramun di tapak perumahan generasi ke dua Felda Bukit Ramun kerana majlis pelancaran mula bina rumah mesra rakyat 1 Malaysia (RMR1M). Seramai 134 anak peneroka Felda Bukit Ramun telah mendapat kemudahan pembiayaan melalui skim perumahan RMR1M ini. Punya seronok mereka ini, apatah lagi Hari Raya Puasa tahun ini, mereka semuanya dipastikan telah menduduki rumah baru ini. Banglo tuuu...

Siapa yang tolong anak-anak peneroka Felda Bukit Ramun ini? Pengerusi ANAK yang pandai melalak dan menyalak tu memang tinggal di Felda Bukit Ramun, tapi ada ke dia tolong? Hehhh... bukan kata nak tolong, tanya khabarpun tak.

Rupanya, dari mula proses memohon tanah, panjat Pejabat Tanah, cari juruukur, dah dapat tapak, tapi tak sesuai, mohon tukar tapak, dah selesai dengan urusan pemilikan, bantu pulak dengan urusan sedia tapak, tapak dah sedia, bantu lagi mohon pembiayaan dengan SPNB, tak ada api, tak ada infra, tolong mohon dan dapatkan peruntukan, semuanya ikhtiar dan atas rasa tanggungjawab pemimpin UMNO. Tok Limah, Ahli Parlimen Tenggara khabarnya panjat habis, Pejabat Tanah dia panjat, Pejabat SPNB dia panjat, Pejabat PM dia panjat, hanya untuk memastikan apa yang dihajati oleh anak-anak peneroka Felda Bukit Ramun tercapai.

Kalau dah semuanya masalah anak-anak peneroka Felda Bukit Ramun ni hanya para pemimpin UMNO sahaja yang tolong, apa kejadahnya ada Pengerusi ANAK kat Felda Bukit Ramun? Kalau masalah jiran-jiran sepermainan sendiripun tak mampu nak selesaikan, macam mana nak tolong anak-anak Felda se Malaysia? Maka dengan majlis pelancaran RMR1M di Felda Bukit Ramun siang tadi, ingatlah anak-anak peneroka Felda yang lain bahawa ANAK ibni PAS tu tak mampu nak bantu apa-apapun untuk kebajikan anak-anak peneroka. Yang mereka tahu hanyalah melalak, menyalak dan menyalahkan kerajaan. Dalam masa yang sama mereka pulak minta anak-anak peneroka bantu mereka dengan menghulurkan  duit ke dalam tin MILO yang mereka usung ke segenap pelusuk Felda.

Jom....kita tengok gambar.
  



1 comment:

Anonymous said...

aku sebagai anak felda bkt ramun membantah kenyataan yang tidak benar, setelah 45 tahun memerentah negara project rumah jenerasi kedua tu saja yang ada??? itu pun penuh dengan masaalah dan pembahagian tanah hanya tertumpu pada kroni pengarusi project (nama kampung WAK TENG)Apa nak jadi wak teng boleh ke capai target date sebelum raya project tu yang aku tengok foundation pun belum siap, cuma tapak jaaa itu pun keluar duit sendiri. yang siap 50% aku tengok cuma 2 buah rumah jaa bukan BANGLOOOO. kalau nak bohong patut2 laaa bawak bertaubat hari akhirat semua ni akan diadili..TAK CAYA HARI PEMBALASAN KAAA??

ARTIKEL HANGAT BULAN INI