TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, February 13, 2013

SIFIR MUDAH UNTUK POLITIK JOHOR

   
Johor ni ada sifir mudah untuk politik BN. Tulisan ini adalah susulan tertariknya aku dengan kenyataan Mat Maslan tentang 5 kerusi panas di Johor.
   
   
Mudahnya sifir politik Johor ialah rakyat jangan dipaksa telan untuk menerima pemimpin yang mereka tak mau. Kalau rakyat tak boleh telan, kalau menang sekalipun, rupanya hodoh macam tupai kat atas yang cuba juga nak telan kacang yang tak tertelan olehnya.

PRU 12 yang lepas dah menunjukkan bukti. Kerusi-kerusi yang kalah, kerusi-kerusi yang menang tak bergaya, semuanya adalah kerana pucuk pimpinan parti kononnya lebih tahu dan lebih pandai memilih calun dari kehendak pengundi dan rakyat setempat. Maka, kalau dah tahu pada PRU 13 ni ada kerusi panas, jangan sampai ia mendidih.

Para pemimpin sedia ada juga, kalau dah tahu anda bermasalah, rakyat dah soksek-soksek mengenai anda di merata tempat, elok undur diri, tolak pencalunan dengan cara terhormat. Kami, pengundi akan lebih hormat dan anda akan lebih dihormati. Sebagai pemimpin, anda kena sedar bahawa kemarau setahun akan hilang dek hujan sehari. Biarlah BN Johor menang bergaya pada PRU 13 nanti!

Mungkin YAB Ghani Othman boleh memulakannya dengan mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam PRU 13 ini. Jasa YAB Ghani memang banyak, namun akhir-akhir ini persepsi negatif juga banyak. Eloklah bersara. Kalau YAB MB dah mulakan, mungkin yang lain juga tu, mana yang dikatakan bernikah senyap-senyap, mana yang dah bernikah tapi bini tua tak tau, mana-mana yang dikatakan ada hubungan dengan toke-toke korporat yang kononnya menyakau tanah rakyat Johor, tentu boleh ikut jejak MB dengan menolak pencalunan kerana sayangkan parti. 

Bab nikah senyap-senyap dan bini tua tak tau ni juga sensitif pada pengundi. Apa tidaknya, pengundi akan buat andaian mudah, kalau bini yang dah sekian lama digomolpun boleh ditemberang, apatah lagi pengundi, tentu akan lebih besar lagi temberangnya! Apapun, mudah-mudahan dengan kerja kuat jentera parti yang sudah berjalan sekarang ini, BN Johor mampu mencacatkan kemenangan yang besar dan bergaya di Johor pada PRU 13 ini - Insyaallah!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI