3 hari 3 malam, YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman akan berkarnival diperkarangan rumah pusakanya di Sungai Mati bersama-sama dengan pengundi DUN Serom dan juga Parlimen Tenggara.
Aku harapkan agar adik beradik, sedara mara aku kat Serom tu, datang le beramai-ramai. Bukannya apa, aku sangat berharap, agar Ghani yang selalu mintak kita sayangkan parti, akan menjadikannya sebagai "Farewell Carnival" kepada para pengundinya dengan mengumumkan bahawa dia tak akan bertanding mana-mana kerusi lagi pada PRU 13 nanti.
Ingin sangat aku melihat Ghani sendiri mengumumkan bahawa dia tak akan bertanding lagi dan bukannya menunggu digugurkan. Bukannya apa YAB, kalau dah banyak sangat buat jasa, susah juga orang nak menghitung, maka orang akan menghitung yang sedikit. Eloklah berundur demi parti, sekurang-kurangnya seronok le juga bila nak bawak anak-anak pergi KFC atau berjalan-jalan ke Danga Bay!!!
No comments:
Post a Comment