TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, March 28, 2013

JANGAN HIRAU APEK TUA DAP -DIA CUMA NAK JAGA SARANGNYA

Jangan peduli dengan Kit Siang yang bertanding di Johor. Apek tua tu tak akan mendatangkan apa-apa kesanpun terhadap senario politik Johor. Apa yang dilakukannya ialah hanya helah untuk mengubah perhatian seluruh jentera pilihanraya BN agar tertumpu ke Johor.
Maka jangan tertipu. Apa yang apek tua DAP buat ini ialah hanya untuk menjaga sarangnya di Penang, Perak dan Selangor agar tidak kembali ke tangan BN. Dia sangat berharap, agar jentera BN akan tertumpu ke Johor mengikut geraknya dan dengan itu mengabaikan kempen di 3 negeri sarangnya yang sekarang sedang terumbang ambing.
   
Apek ni mempunyai perkiraan yang jitu dalam politik. Demi 3 buah sarangnya, dia sanggup melakukan "harakiri" dalam politiknya dengan bertanding di Johor walaupun tahu mentaliti Cina Johor tak sama dengan Cina Selangor, Perak dan Penang. Tapi, demi menyediakan landasan yang lebih besar untuk anaknya Guan Eng dan dengan cita-cita untuk menawan lebih banyak lagi negeri untuk mereka bersarang, maka dia sanggup kehilangan kerusi parlimen.

Untuk itu, kepada jentera-jentera kempen BN, pedulikan Kit Siang menempah keranda politiknya di Johor. Teruskan usaha yang sedang berjalan untuk mengambil kembali kesemua negeri-negeri yang DAP sedang bersarang sekarang ini.

Jangan kita tersilap congak dengan permainan politik mereka! Sebenarnya kini mereka telah sedar mereka juga telah tersilap perkiraan terhadap pengundi Johor dan atas sebab itulah juga Anwar tidak jadi menamakan calon Pakatan yang akan bertanding di Parlimen Johor Bahru.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI