TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, March 25, 2013

TUHAN MASIH SAYANGKAN MALAYSIA

  
Tun Daim Zainuddin ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang keyakinan Nuar Berahim bahawa dia ditakdirkan sebagai PM Malaysia berkata; "Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia."

Tun Daim juga menyatakan bahawa Nuar bukanlah orang yang tepat dan sesuai untuk menerajui Malaysia kerana;

  1. "Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia),"
  2. "Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau – apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan,"
  3. "Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita,"

Rasanya Tun Daim ni memang cukup kenal dengan Nuar ni sebab pernah bersama-sama dalam kabinet dan sama-sama pernah menjadi orang kepercayaan Tun M. Maka fikir-fikirkanlah dengan apa yang dinyatakan oleh Tun Daim ni. Bahaya juga nanti kalau kita dapat PM, bila tak boleh selesaikan masalah, dia akan TANYA SAMA POKOK!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI