TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, April 8, 2013

BN MENANG PRU 13, CACAI PAS PALING UNTUNG

    
Banyak-banyak AKUJANJI PRU13 Barisan Nasional, aku tertarik dengan AKUJANJI di mukasurat 7 sebagaimana gambar di atas. Aku tertarik kerana pada pengamatan aku, sekiranya BN menang pada PRU13 ini, maka yang paling banyak sekali menikmati laba pilihanraya ini ialah cacai-cacai PAS.

Memang rugi kalau cacai-cacai PAS ni tak mahu memenangkan calon BN. Apa tidaknya, kalau dilihat pada BR1M yang lepas, yang paling awal beratur untuk ambil BR1M ialah cacai PAS dan yang paling akhirpun ialah cacai PAS. Cacai-cacai PAS ni kebanyakannya berniaga sendiri. Mereka walaupun berkereta besar, tapi nampaknya tak malu beratur untuk ambil BR1M. Mungkin agaknya mereka tak declare income-tax, cuma bayar zakat kat tong jihad PAS aje, tu yang layak tuuu!

Kemudian bila bab Bantuan Persekolahan yang dinaikkan kepada RM150.00 per murid, sekali lagi yang dapat banyak ialah cacai PAS. Sebabnya aku tengok orang UMNO, orang MCA dan orang MIC, semuanya anak tak ramai. Kalau Melayu UMNO, sekarang ni puratanya sekitar 4 orang aje. Tapi cacai-cacai PAS, mak datuk... anak macam mata tangga! Tu yang kebanyakan dari mereka pakai van beso-beso sebab kalau pakai kereta tak muat! Maklum le, ubat kuat banyak diiklankan di Harakah, pantang tersentuh... terus on. Tu yang berbaris tuuu!

Apapun, aku tak kisah le siapa yang dapat banyak. Lagipun dah memang bukan rahsia lagi. BN kalau memerintah memang tak menganak-tirikan sesiapapun. Semuanya dilayan sama. Baik yang sokong, mahupun yang tak sokong. Itulah hebatnya kerajaan BN. Jangan le tersalah pilih.

Cuba le dengar apa kata bekas setiausaha Guan Eng, Razali Rahman masa dia bersama dalam DAP dulu. Bangun pagi aje, apa yang difikirkan ialah mana rumah atau gerai dan perniagaan Melayu yang tak sokong DAP yang mahu dirobohkan. Selisih..... ingatlah Melayu, terutama yang ingat PAS boleh bantu tu. Sebenarnya PAS tak akan bantu kamu, sebaliknya PAS hanya memudahkan lagi cita-cita DAP untuk berkuasa. Maka, sebelum terlambat, jangan le nak cuba-cuba - eloklah terus sokong calon BN, tak kira le calon tu apapun warna kulitnya. 

Ingat, sebagaimana yang aku kata kat atas tadi, kalau BN menang, orang PAS le yang paling banyak mendapat manfaatnya. Tu baru cite pasal duit, belum cite pasal rumah mampu milik lagi.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI