Banyak bebeno nama yang dah diteka-tekikan sebagai calon MB Johor yang baru. Agaknya siapa le yang dapat? Datuk Seri Hishamuddin? ...Datuk Seri Khaled Nordin? ...Datuk Nur Jazlan Mohamed? ...Datuk Razali Ibrahim? ...atau Datuk MOY?
Aku rasa nama-nama kat atas tu semuanya tak cukup umphhh! Lebih-lebih lagi tatkala UMNO dan BN sedang mengintai sebanyak mana undi Melayu yang boleh diraih pada PRU 13 ini.
Kalau pembaca sekelian biasa mengikuti ceramah-ceramah politik, tak kiralah oleh pihak BN atau Pakatan, mana-mana ceramah yang disulami dengan ngomong Jowo, amat mendapat sambutan! Ini jelas menunjukkan bahawa pengundi berketurunan Jawa mendominasi undi Melayu.
Apakata kalau kali ini Johor berMBkan seseorang yang berketurunan Jawa? Rasanya banyak calon yang sesuai dan layak. Lagipun orang Jawa ni memang terkenal dengan kerja kuat, setia dan boleh diharapkan. Ada komen? ...ada sokongan?
Seperkara lagi, BN Johor perlu menang bergaya. Bukan setakat menang tercungap-cungap. Eloklah mana-mana pemimpin yang dah diketahui umum (walaupun tak heboh) terlalu akrab dengan tauke-tauke buncit, eloklah sembunyi-sembunyikan muka tu dari ditunjukkan sebagai bakal MB Johor. Ini kerana sekiranya diumumkan, pasti isu Danga Bay, isu Pengerang dan macam-macam lagi isu yang menghiris hati pengundi Melayu pasti akan timbul kembali. Yok... sama-samalah kita pemimpin dan pengundi sama-sama sayangkan parti!!!
No comments:
Post a Comment