TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, April 7, 2013

NUAR NAK CARI TUJUH SEBAB

 
    
Beria bebeno si Nuar Berahim tu bercakap dengan Hadi Awang, apa citenya. Hahaha... rupanya sebab-sebab di bawah ni menyebabkan Nuar dan Hadi memerah otak untuk tambah satu lagi agar jadi tujuh sebab pulak untuk menafikan enam sebab kenapa rakyat perlu memilih BN pada PRU 13 nanti.

Puak-puak Pakatan jadi pening kerana Barisan Nasional (BN) hari ini menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.

Pakatan Rakyat mana ada kesemua sebab-sebab tersebut. Cuba korang tengok ya;
1: Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat
Puak Pakatan ni sukakan negara sentiasa huru hara dengan pelbagai  tunjuk perasaan sebagai cara untuk menunjukkan rasa tak puas hati.
2: rekod pencapaian
Rekod yang hebat yang mereka ada cuma, kalaupun yang boleh masuk Guiness Book hanyalah sebagai sebuah Pakatan politik yang mempunyai paling banyak tabung untuk menibai duit rakyat.
3: pengalaman
Korang nak cuba ke pengalaman Nuar yang macam dalam video tu? Boleh ikut ke?
4: gerakan kesederhanaan
Mereka mana ada kesederhanaan. Pengikut mereka diajar agar taksub kepada pemimpin. 
5: perkongsian kuasa telah teruji
Hahaha, belum dapat kuasa lagi mereka dah berbalah. Semuanya gila kerusi.
6: memenuhi kehendak rakyat
Bab ni yang buat Nuar dan Hadi makin pening. Apa tidaknya, BN Akujanji bahawa BR1M, BB1M dan Bantuan Persekolahan semuanya diteruskan bahkan nilainya ditambah. Lebai-lebaipun juling bila cakap pasal duit ni.

Kepada rakyat Malaysia, korang pilihlah BN. Korang percayalah bahawa kerajaan BN yang diketuai oleh DS Najib memang boleh dipercayai. Apatah lagi dengan segala janji-janjinya selama empat tahun yang lepas telah ditepati. Malahan manifesto PRU 13 BN yang bertajuk "Menepati Janji Membawa Harapan", kalau dihalusi satu persatunya (boleh lihat di SINI), memanglah janji-janji yang realistik yang boleh kita semua taruhkan harapan, bukannya hanya angan-angan kosong.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI