TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, April 2, 2013

JEMPOL WAKKK LU...

   
Apa yang diperjuangkan oleh puak Pakatan ni, akupun tak tau le. Lepas nak turunkan harga kereta, kini nak turunkan harga motorsikal pulak. Apa? ...ingat hari-hari orang nak makan kereta dengan motorsikal ke?

Sekurang-kurangnya dengan cukai yang diperolehi dari jualan kereta dan motorsikal yang hanya dibeli oleh mereka yang berkemampuan sahaja, hasil tu boleh le juga kerajaan gunakan untuk mensubsidi barang-barang makanan yang hari-hari dimakan.

Kalau semua benda-benda bercukai nak dimansuhkan cukainya, alamat semakin kurang le subsidi kepada barang makanan. Kalau kereta murah, motorsikal murah tetapi makanan mahal, kejadah apa? 

Jangan le rakyat tertipu dengan permainan puak Pakatan ni. Mereka bukannya kira soal rakyat mampu atau tidak. Mereka lebih pentingkan sekiranya mereka berkuasa, mana-mana kereta dan motorsikal yang menjadi idaman mereka selama ini, boleh mereka perolehi dengan mudah dan murah. Makanan jadi mahal tak menjadi masalah kepada mereka kerana puak-puak ni dapat cium ketiakpun mereka dah kenyang!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI