Kalau diberitahu kat orang PAS bahawa DAP hanya mahu memperkudakannya dan juga memecahkan undi orang Melayu, PAS tak akan percaya. Tetapi itulah hakikatnya.
Terbaru, DAP telah melabelkan PKR sebagai tak sedar diri dan menyuruh parti itu mengintai kerusi PAS pulak. DAP ni dia pandai kira. Dia tahu bahawa dalam PKR tu banyak undi Melayu dari undi Cina. Sekarang ni mereka hanya dapat berkonfrontasi dengan pengundi Melayu dari PKR aje. Maka dengan memancing agar PAS turut terjebak, pastilah nanti mana-mana kerusi yang ditandingi oleh calun PAS atau PKR dari Melayu, tidak akan mendapat sokongan yang solid.
Matlamat DAP adalah untuk menggagal PKR atau PAS dari mendapat kerusi yang banyak dalam PRU nanti. Sementara DAP pulak telah mengintai mana-mana kerusi yang mereka yakin mereka mempunyai peratusan yang tinggi untuk menang. Sekiranya perkiraan mereka ini betul, maka sekiranya Pakatan menang dan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas PRU 13 nanti, bacaan mereka adalah DAP akan memiliki lebih banyak kerusi yang dimenangi berbanding PKR mahupun PAS. Atas sebab itulah DAP tidak kisah berapa banyak kerusi yang PKR atau PAS mahu bertanding tetapi dengan syarat mana-mana kerusi majoriti Cina dan "boleh menang", mesti calunnya dari DAP dan tak boleh diganggu gugat, waima Jui Meng yang Cina tu juga tak boleh nak suka-suka mintak.
Sekiranya percaturan DAP ini berjaya, maka sekiranya BN hilang kuasa selepas PRU 13, baik Nuar mahupun Hadi Awang hanya mampu melihat dan menjadi pecacai DAP untuk terus menghidupkan parti mereka. Apakah Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi tak nampak???
No comments:
Post a Comment