TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, April 25, 2013

KOTA TINGGI SERONOK TERIMA CALUN BARU AHLI PARLIMEN BN

Datuk Noor Ehsanuddin (tengah)
Malam semalam, ada sedikit kelapangan, aku cuba-cuba le meninjau kem BN Parlimen Kota Tinggi (P156). Saja nak tengok reaksi pengundi Parlimen Kota Tinggi menerima calun baru Barisan Nasional, Datuk Noor Ehsanuddin, bekas Pengarah Seranta (Felda) JPM.

Mengikut program yang diberitahu, malam semalam hanya lawatan ke Bilik Gerakan PDM sekitar bandar Kota Tinggi. Sengaja aku ikut program calun BN ini di sekitar bandar kerana Parlimen Kota Tinggi ini majoritinya adalah pengundi Melayu Felda. Kalau ikut masuk Felda rasanya Datuk Ehsan ni dah tak ada masalah kerana selaku bekas Pengarah Seranta (Felda) JPM, namanya tentu tak asing lagi di kalangan warga Felda, tetapi bagi para pengundi kawasan bandar, mungkin tidak ramai yang mengenalinya.

Berkebetulan pula, empat Bilik Gerakan PDM di sekitar bandar yang dilawatinya itu ialah kawasan Melayu. Alhamdulillah, aku yakin BN boleh menang besar di Parlimen Kota Tinggi ini. Apa tidaknya, di kesemua PDM yang aku ikut melawat itu, sambutannya sangatlah menggalakkan.

Rupa-rupanya orang di Parlimen Kota Tinggi sangat teruja untuk menerima dan memilih calon baru BN ini. 

     
Berbual dengan yang hadir, mereka nyata gembira dan yakin bahawa Kota Tinggi akan terus makmur dan membangun seiring dengan lain-lain bandar di Malaysia ini bersandarkan bahawa calun taruhan BN kali ini merupakan calun yang datangnya dari Jabatan Perdana Menteri! Mereka pasti, kalau datangnya dari JPM, tentunya calon ini bukannya calang-calang orang. Kota Tinggi mendapat seorang calon antara yang terbaik yang pernah menjadi harapan Perdana Menteri!

Mereka berharap, dengan pengalaman bersama JPM dan Felda, Datuk Ehsan nanti bukan sahaja bakal membawa tempias, tetapi hujan rahmat yang diraih dari pembangunan jiran di Pengerang dan juga Iskandar Malaysia.
    
      
Hehehe... Datuk Ehsan! Tinggi harapan orang Kota tu. Dan menurut pengundi Cina yang menghuni bandar pulak, mereka nak dengar wakil yang sanggup memperjuangkan agar jambatan utama untuk memasuki bandar Kota Tinggi itu dilebarkan kerana jalan tersebut dah lama sesak di waktu puncak. Sanggup???...menang bergaya!


1 comment:

Unknown said...

NAJIB JAUH LEBIH BAIK DARI ANWAR IBRAHIM YANG MASIH GAGAL BERSIHKAN DIRI

ARTIKEL HANGAT BULAN INI