TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Friday, April 26, 2013

CALON PAS TENGGARA BELOT???

    
Apakah gambar di atas menunjukkan calon PAS bagi Parlimen Tenggara, Mohd Said Jonit dan calon PAS DUN Pasir Raja, Lt. Kol (B) Nazari Mokhtar dah ikut rombongan calon Parlimen BN, Datuk Halimah Sadique dan calon BN DUN Panti, Datuk Baderi Dasuki? 

Hahaha... calon-calon ni dah tahu mereka akan tertonggeng di Tenggara. Tu sebab mereka cuba rapat-rapat pulak dengan Tok Limah dan Tok Bad. Mereka intai-intai program BN dan sedaya upaya nak ikut sama berkempen. Nak mintak permit sendiri, mereka malas, maka dapat tumpang semangkok kat permit kempen BNpun jadilah.

Calon-calon PAS ni sebenarnya tak mampu nak tarik 'crowd' sebab semuanya tak ada umphhh. Tu sebab mereka sanggup menebalkan muka menyempal masuk program BN. Dan satu lagi sebabnya ialah di kalangan orang PAS, heboh kononnya Tok Bad ni nanti bakal MB Johor yang baru. Maka kalau berbaik dari sekarang, kalau kalahpun nanti tak le malu nak mintak sesuatu kalau dah memang rezeki Tok Bad yang jadi MB Johor.

Alang-alang dah tau kalah, lebih baik le kalau masa berkempen tu, ajak rakyat bagi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada calon BN. Kalau sokongan dah solid kepada calon yang menang, nanti mereka nak buat kerjapun senang. Nak lagi senang dan cantik, eloklah lepas PRU 13 nanti, tutup terus bahagian PAS Tenggara. kalau dah boleh sama-sama semeja makan, dah boleh sama-sama berkempen, lebih elok kalau sama-sama duduk dalam satu parti iaitu BN atau UMNO dan sama-sama menyelesaikan masalah rakyat. Tegar dan kukuhnya UMNO berakar umbi di Tenggara ni cukup dengan ditandakan dengan ketidak sanggupan Mazlan Aliman bertanding di tempat sendiri.

Kalau Mazlanpun lari... maka Mohd Said dan Nazari hanyalah... isyhh-isyhhh-isyhhhh, lebih baik le korang berdua isi borang UMNO dalam musim kempen ni. Kalau korang isi borang UMNO, ada masa 9 hari lagi masa untuk berkempen. Kerana korang memang gemar bercakap, aku boleh rekomenkan kat Tok Limah, Tok Bad dan Tok Adham sekurang-kurangnya 3 kali ceramah sehari untuk ajak rakyat menyokong calon BN. Amacam?


1 comment:

jijan mali said...

Tak pa...biaq pi dia nak makan. Dapat jugak pahala kat BN. Yang penting nanti dalam PRU13 ramai-ramai kita tongsampahkan PR dari bumi melaya ni...hahaha...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI