TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, April 22, 2013

PATUT LE BOLEH PECAH PAKAT!!!

         
Bila orang kata bahawa sebab duit ni adik beradik boleh bergaduh, keluarga boleh porak peranda, kawan boleh jadi lawan, maka aku tak le heran sangat bila puak-puak Pakatan ni berlawan sesama sendiri untuk menjadi calon pilihanraya untuk menentang calon BN. Mungkin dek sebab duit juga le, calon-calon PAS, PKR dan DAP berlaga sesama sendiri kononnya untuk menentang BN.

Hakikatnya mereka bertanding bukannya untuk membela nasib rakyat, tetapi mereka nak menibai duit rakyat. Dalam manisnya janji-janji mereka itu dengan telunjuknya menunjukkan apa yang kononnya salah dan silap kerajaan BN, tetapi kelingking halusnya mengait duit rakyat. Ini bukan aku kata, tapi inilah apa yang tertera di wall FB calon PAS.
   
   
Ingatkan puak-puak ni menadah tin ketika sebelum musim pilihanraya sahaja. Rupanya bila dah ada lesen untuk berkempen ni, semakin rancak pulak mereka buat duit. Patut le berebut-rebut nak bertanding, lebih-lebih lagi dengan tempoh berkempen yang panjang ni, maka semakin banyak le yang boleh dituai.

Bayangkan kalau satu ceramah katanya dapat RM20,000-00. Rasanya dalam musim berkempen ni, puak-puak ni sekurang-kurang akan berceramah enam kali, lebih sekali dari sembahyang waktu. Kalau dah enam kali didarab dengan RM20,000-00 dan darabkan lagi dengan 15 hari. Perghhh... muai bebbb. Patut le bergaduh dan pecah pakat... semua nak jadi calon.

Macam ni ke pemimpin yang nak bela rakyat? Pemimpin yang janji nak tolong rakyat? Habis aje berceramah terus singsing lengan, tak sempat bersimpuh atau bersila, mungkin hanya mencanggung aje terus mengira berapa yang dapat dikutip dari rakyat! 

Hisyhh... langsung tak ada kelas! Kalau aku le yang jadi calon, tak tergamak nak ambik duit rakyat. Kalau-kalau ada le yang cuba nak bantu, aku suruh mereka simpan balik kerana kalau aku nak jadi pemimpin, tentunya niat aku nak bantu rakyat, bukan suruh rakyat bantu aku! Agaknya kat kepala mana le akal pemimpin Pakatan Rakyat ni letaknya? Letakkan akal kita di kepala yang betul. JOM UNDI CALON BARISAN NASIONAL!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI