Bagus juga adanya pilihanraya ni. Kalau tak ada pilihanraya, mungkin belang pemimpin Pakatan Rakyat kita tak tau. Selama ni bukan main lagi mereka menjual temberang kononnya undilah mereka kerana merekalah "pakatan harapan rakyat".
Selama ini mereka cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah sebaik-baik pakatan yang wujud di Malaysia ini. Rupanya itu ketika belum muncul peluang.
Apabila muncul peluang untuk bergelar YB, itupun yang masih samar-samar lagi kerana sokongan yang kecil, rupanya mereka dah tak pakat lagi, dah tak kenal kawan lagi. Masing-masing berebut mengemukakan kertas pencalonan. Semua nak jadi YB! Tak ada kompromi. Tiada tolak ansur. Akhirnya calon BN Panti terpaksa menghadapi pertandingan 3 penjuru menghadapi lawan PAS dan PKR.
Senyum besar calon BN. Apa tidaknya, sokongan terhadap calon BN adalah solid tetapi pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat terpaksa membahagi dua undi mereka. Maka bertembunglah calon PAS, Azlisham Azhar dan calon PKR Mohd Anuar Abdullah untuk mengharapkan undi Pakatan Rakyat yang sedikit itu. Hahaha... silap-silap ada yang hilang wang pertaruhan nanti ni.
Tapi mereka apa kira. Pakatan mereka bukannya Pakatan Harapan Rakyat, tetapi pakatan mereka ialah Pakat Harapkan Rakyat. Maka kalau hilang wang pertaruhanpun, tak menjadi masalah besar bagi mereka sebab mereka semuanya masa nak bertanding, habis tin Milo, beg plastik, kopiah dan pelbagai lagi ditadah ketika berprogram kerana mengharapkan duit rakyat untuk menaja mereka bertanding. Maka kalau rugipun, itu bukannya duit mereka. Apa ada kisah!!!
Dah begitu jelas bahawa mereka ni adalah parti dan pemimpin yang Pakat Harapkan Rakyat, apakah anda masih nak memlih mereka lagi? Cukup-cukuplah dengan sandiwara pakatan mereka yang rupanya semua tak pernah sepakatpun. Eloklah dalam PRU13 ni, semua kita pakat-pakat pangkah calon BN. JOM... UNDILAH CALON BN! ...tolak calon Pakatan yang tak sepakat!
No comments:
Post a Comment