TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, April 20, 2013

CALON PAS SALAH PELANGKAH KE PENAMAAN CALON

     
Penamaan calon untuk PRU 13 telahpun selesai pagi tadi. Bagi bahagian pilihanraya Tenggara, segalanya berjalan dengan aman. Calon-calon BN bagi Parlimen Tenggara, DUN Panti dan DUN Pasir Raja, dengan penuh yakin bergandingan memasuki dan juga keluar dari dewan penamaan yang menunjukkan kesepakatan mereka untuk memenangi pilihanraya ke 13 ini.
    
    
Bagaimanapun, bagi Pakatan Rakyat, penamaan calon pada hari ini jelas telah menunjukkan ketidak sepakatan mereka. Apa tidaknya. Pada awalnya, cuma calon PAS untuk Parlimen Tenggara dan calon PAS untuk DUN Pasir Raja sahaja yang kelihatan memasuki dewan.
    
    
Bagaimanapun setengah jam yang terakhir, calon PAS untuk DUN Panti pula yang datang. Nampaknya calon PAS datang asing-asing. Agaknya calon PAS DUN Panti pakai pelangkah sebelum keluar ke pusat penamaan calon. Mungkin agaknya tengok Tajul Muluk dulu. Mungkin dek tersilap langkah, beberapa minit sebelum berakhirnya tempoh pencalonan, datang pula calon PKR yang juga ingin mencalonkan diri untuk bertanding di DUN Panti.

Nampak sedikit kekecohan antara calon PAS dan PKR ni hingga menyebabkan penyokong PKR dilihat keluar dari dewan selepas pencalonan dan terus hilang dicelah-celah orangramai.
   
     
Cuba korang tengok muka calon PKR dan calon PAS untuk DUN Panti kat atas ni sewaktu nama-nama calon yang layak bertanding diumumkan. Macam tak geng aje!!! Hehehe... tak pakat ke? Kata Pakatan Rakyat!

Berikut adalah senarai calon-calon yang bertanding di Tenggara;
P155 TENGGARA
BN     - Datuk Halimah Bte Mohd Sadique
PAS   - Mohd Said Bin Jonit

N34 PANTI
BN     - Dato' Baderi Bin Dasuki
PAS   - Azlisham Bin Azhar
PKR   - Mohd Anuar Bin Abdullah

N35 PASIR RAJA
BN     - Datuk Dr Adham Bin Baba
PAS   - Lef Kol (B) Mohd Nazari Bin Mokhtar

Kepada pengundi-pengundi di Tenggara, lihatlah bahawa ini adalah bukti bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya tak pakatpun. Yang mereka pakat ialah pakat-pakat nak jadi YB. Semuanya gila nak jadi YB, bukannya nak bantu rakyat. Maka, jangan lupa pada PRU 13 nanti, JOM UNDI CALON BN!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI