TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, April 20, 2013

HARI PENAMAAN CALON PILIHANRAYA

        
Siang nanti seluruh negara akan meriah dengan acara mengiringi calon pilihanraya ke pusat penamaan calon. Rasanya kali ini adalah yang paling meriah kerana dijangkakan tiada satupun kawasan yang dipertandingkan samada kerusi Parlimen ataupun DUN yang akan menang tanpa bertanding.

Kepada para penyokong yang hadir, diharapkan agar dapat memelihara keamanan dengan mengelakkan sebarang provokasi antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain dan sentiasa mematuhi arahan-arahan dari pasukan PDRM yang bertugas menjaga keamanan. 

Selepas dari penamaan calon nanti, bermulalah kempen. Apapun dengan masa kempen yang panjang ini, eloklah pihak yang bertanding dapat menyusun dengan sebaiknya jadual kempen agar tidak berlaku pertembungan antara satu sama lain yang mungkin akan mencetuskan ketegangan antara penyokong.

Selain itu, tanpa pertembungan masa dan tempat berkempen, akan memungkinkan para pengundi mendengar hujah dan tawaran dari kesemua pihak yang bertanding. Biarlah para pengundi yang menentukan, samada ianya munasabah untuk disokong atau hanya temberang politik untuk memenangi pilihanraya. 

Kepada para pengundi, dah dengar, fikir, kaji, tak faham tanya dan buatlah keputusan yang bijak demi masa depan anak cucu. Bagi aku, rasanya walaupun belum tempoh berkempen tetapi dah banyak cakap-cakap dan janji-janji kempen yang aku dengar, maka awal-awal lagi dah aku putuskan bahawa yang AKUJANJI untuk TEPATI JANJI yang akan aku sokong dan tentulah ianya calon-calon dari BARISAN NASIONAL. JOM...UNDILAH CALON BN!!!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI