TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, April 19, 2013

AKU PERCAYA JANJI MAZLAN KALAU...

      
Berjanji dah macam semudah meludah bagi puak-puak Pakatan ni. Ko tengok apa janji Mazlan Aliman kepada warga Felda? Mentang-mentang dia mahukan undi warga Felda Bukit Permai. Dia janji ikut sedap aje.

Aku percaya dengan janji-janji Mazlan ni kalau;
- Untuk semak semula hutang peneroka sekiranya puak Pakatan boleh derma sekurang-kurangnya RM4 bilion kepada Felda. Tapi macam mana aku nak percaya, setiap kali masuk Felda, setiap kali itu jugalah tin Milo dan plastik belanja ditadah.

- untuk bangunkan perumahan generasi kedua dan ketiga, aku akan percaya janji ini sekiranya Mazlan sendiri dah berjaya bangunkan banglo sendiri, sedangkan dia sendiri sekarangpun terkial-kial masih duduk di rumah pesaka.

- untuk agihkan tanah Felda Plantations kepada generasi kedua dan ketiga, boleh aku percaya kalau tabung puak Pakatan boleh membeli semula saham-saham FGVH. Macam mana nak beli saham FGVH kalau nak bertanding PRUpun nak kena mintak rakyat derma?

- janji nak naikkan kadar perahan gred sawit ni aku boleh percaya kalau sekarang ni Mazlan dah ada lima ke enam kilang sawit sendiri. Tapi nak buat camna, duit tabung Milo belum cukup untuk buat sebuah kilangpun!

Harapan aku agar warga Felda tak le terpedaya dengan janji-janji manis puak Pakatan ni. Apa yang warga Felda mahu lagi. Kalau bab hutang tu, Felda tak paksa korang berhutang. Rumah generasi kedua dah banyak, macam cendawan tumbuh sedang dalam pembinaan sekarang ni. Kalau bab bagi tanah kat generasi kedua, adik beradik Mazlan sendiri, ramai yang dah dapat jadi peneroka. Takkan le sampai tujuh keturunan semuanya tanah nak mintak dengan kerajaan? Ingat orang Felda aje yang kenal tanah?

Gitu gini, janji-janji Barisan Nasional juga yang logik dan boleh dengar. Jangan layan puak Pakatan ni. JOM... UNDI CALON BN pada PRU 13 nanti.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI