TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, April 18, 2013

CINA MALAYSIA DI SINGAPURA TAK SOKONG DAP

     
Mulanya aku rasa seram sejuk juga bila melihat DAP bukan main galak lagi berkempen di Singapura untuk mengajak kaum Cina yang bekerja di sana agar mengambil cuti dan balik mengundi. Sangkaan awal aku, habislah BN kali ini kerana ratusan ribu kaum Cina akan balik untuk mengundi DAP.

Bagaimanapun, pertemuan tak sengaja dengan seorang rakan Cina petang tadi yang bekerja di Singapura telah menghilangkan sedikit gelisah yang aku rasa. Tak mengapalah, biarlah DAP sponsor seramai manapun Cina Malaysia yang bekerja di Singapura untuk balik mengundi.

Rupanya Cina Malaysia yang bekerja di Singapura berpendirian bahawa dengan mengundi DAP adalah sama sepertimana orang Singapura mengundi PAP. Menurut rakan aku tu, Cina Malaysia tak mahu menjadi seperti Cina Singapura yang diperintah oleh PAP. Segalanya terhad. Semuanya disekat. Hidup diprogram seperti robot. Segalanya dikongkong. Mereka cuma suka bekerja dan mencari duit sahaja di Singapura tetapi mereka tak mahu hidup di bawah pemerintahan yang ala-ala PAP. Mereka selesa dengan keadaan yang ada di Malaysia!

Malahan rakan aku itu turut menyenaraikan beberapa perkara yang Cina Malaysia boleh buat yang tak merasa dilakukan oleh Cina Singapura. Tak perlulah aku senaraikan. Apapun, itulah... dia yang merasa sendiri kehidupan di dua suasana berbeza, tahu menghargai betapa nikmatnya hidup di Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan BN walaupun diterajui oleh Melayu.

Hahhh... apa lagi. Kalau Cinapun tak mahu DAP yang nak mengikuti jejak langkah PAP di Singapura tu jadi pemerintah, bila lagi cacai-cacai PAS dan PKR yang macam katak bawah tempurung tu nak sedar? Sedar dan bersyukurlah.... Cinapun tahu kata bahawa kerajaan BNlah yang bagus!!!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI