TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, April 18, 2013

FB SOKONG CALON BN DUN PASIR RAJA

    
Satu "page" FB dengan nama Kelab BN DUN N35 Pasir Raja (klik link merah) telah diwujudkan bagi menyatakan sokongan kepada calon BN yang bertanding bagi DUN Johor, N35 Pasir Raja, Datuk Dr Adham Bin Baba.

Menurut admin page berkenaan, segala jadual kempen calon Barisan Nasional bagi DUN Pasir Raja akan dimuatkan dalam page ini disamping mengetengahkan isu-isu setempat dan juga memuatkan pandangan dan idea calon untuk memaju, memakmur dan mensejahterakan pengundi DUN Pasir Raja.

Sebagai sokongan, pemilik-pemilik FB bolehlah mengunjungi page berkenaan dengan mengklik link berwarna merah di atas dan seterusnya klik "Like" page tersebut untuk sentiasa dibekalkan dengan maklumat terkini calon.
    
     
Sebagai perkenalan, calon Barisan Nasional untuk kerusi DUN Johor N35 Pasir Raja ialah Datuk Dr Adham Bin Baba, seorang lulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya. Beliau tidak asing lagi kepada para pengundi DUN Pasir Raja kerana mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang ketika menjadi Ahli Parlimen Tenggara (2004 - 2008) dan juga ADUN Pasir Raja (2008 - 2013).

Akhirnya, untuk mengenali dan mengikuti perkembangan mutakhir calon ini, jangan lupa, "Like" page Kelab BN DUN N35 Pasir Raja.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI