Hampir kesemua calon-calon yang bakal bertanding pada PRU13 nanti samada dari sebelah Pakatan Rakyat ataupun dari komponen Barisan Nasional telahpun diketahui. Apapun, pengundi iaitu penyokong akar umbi hanya boleh memangkah. Menentukan calon bukan kerja mereka kerana mereka disuruh pangkah lambang parti, bukannya pangkah calon.
Dek kerana pangkah lambang parti dan bukan pangkah calon inilah timbul soksek-soksek, tak kiralah samada dari puak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Apa tidaknya, kedua-duanya KONON mahu menampilkan "winnable candidate". Maka bila tersenarai sahaja nama-nama "winnable candidate", mulalah pengundi dan penyokong akar umbi menyenaraikan ciri-ciri yang melayakkan seseorang itu sebagai "winnable candidate" yang menyebabkan semakin sukar untuk mereka memangkah nanti.
Rumusan perbualan dari rakan-rakan samada dari Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional yang kesemuanya hanya mempunyai kuasa memangkah kertas undi sahaja, mereka meletakkan bahawa untuk menjadi "winnable candidate" pada PRU 13 ini, calon tersebut mesti mempunyai skandal. Ada skandal, akan popular. Tak kiralah apa sahaja skandal, antara yang mereka katakan skandal ialah;
- Skandal video seks
- Skandal dengan jantan/betina lain
- Skandal kawin senyap-senyap
- Skandal curi pasir/balak
- Skandal kerja kontrak
- Skandal dana asing
- dan lain-lain.
Betul ke anggapan mereka itu? Perghhh... aku belum sempat menganalisa. Kalau betul, tak kiralah siapapun yang menang nanti, kita akan berterusan le pulak berperang dengan skandal hingga ke PRU14. Cuma aku masih berkeyakinan lagi bahawa kalaupun ada skandal pada calon Barisan Nasional, ianya tidaklah sehebat skandal yang ada pada calon Pakatan Rakyat yang sememangnya bijak mencipta skandal untuk popular. Untuk itu, aku masih memilih untuk terus memangkah lambang DACING pada PRU 13 nanti. JOM... UNDI CALON BN!!!
No comments:
Post a Comment